Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia....

Salam Jumaat buat semua..


Jumaat penghulu segala hari, semoga hari2 kalian penuh dengan barakah.. 08/03/2013 hari wanita sedunia... Selamat Hari Wanita untuk semua wanita2 di luar sana, berbanggalah anda kerna dilahirkan sebagai seorang wanita yang mampu meramaikan umat Rasullah S.A.W di muka bumi ini...

 
 
Tujuh kelebihan kita sebagai seorang wanita :
 

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.

Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah....

With lot of luv ~~ Didie

No comments:

Post a Comment

luv to have u...

luv to have u...