Monday, November 15, 2010

Aku SeBaGAi IsTeRI....

 

OnE Week and 4 days before aku, SITI KHADIJAH MEOR YUSOF akan menjadi seorang isteri kepada MD AZUAN MD YUSOF. Sangat nervous....huhuhu... Byk yg akn berubah, Semoga aku sentiasa mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa... Hari ini aku membaca satu forum yang titlenya 'Isteri Solehah', sangat berguna kpd bakal2 isteri di luar sana. Banyak yg sebelum ini kita fikirkan perkara remeh tapi sebenarnya sgt penting dalam alam berumah tangga. Antaranya adalah:
  1. Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
  2. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
  3. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Ciri-ciri isteri solehah :

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


Seorang isteri memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar. Dan semoga aku tergolong dalam golongan ini (huhuhu) Amin......

wid luv~~~ DiDiE yuSoFF

No comments:

Post a Comment

luv to have u...

luv to have u...