Tuesday, February 1, 2011

Krisis Di Mesir.. (Bagaimanakah nasib pelajar2 Malaysia di sana???)

Salam semua...

Hari nie baru mula bekerja lepas cuti coz attend wedding & engagement my brothers, penat pun still ada lagi. Skrang sibuk mguruskan majlis menyambut menantu yg akan dilangsungkan pada 05/02/11. Nasib baik Encik B still on leave until Sunday. Hari terbaca crita tentang huru hara yg berlaku di Mesir dan sudah tentulah melibatkan pelajar2 Malaysia. Punca Gelombang kebangkitan ini adalah untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.



Then aku browse tentang crita nie, sangat kasihan kpd mereka yang terlibat dan bersimpati dgn keluarga2 mereka yg terbabit dalam crisis ini. Bila agaknya Kerajaan Malaysia nk evacuation pelajar2 disana spt yg telah dilakukan oleh US, UK, Turkey yg dh complete evacuation.Menurut maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab): mereka telah memberikan amaran bahwa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarakan peperangan all out (civil war), mereka menasihatkan agar rakyat asing especially pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh 4 hari dan tempoh ini akan berakhir pada esok hari (02/02/11).

Ada berita mengatakan seorang pelajar di sana telah dirogol oleh banduan yang terlepas dari penjara. Kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan, menurut apa yg aku baca seorang pelajar perempuan malaysia di iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Manakala melalui Berita harian mengatakan bahawa berita tersebut adalah tidak benar. Namun, tidak mustahil kejadian ini berlaku kerana negara ini sudah tidak lagi mempunyai undang2. Balai polis dan lapangan terbang telah dibakar. 6000 orang banduan dr penjara Mansurah telah terlepas dan ini sgt membahayakan keselamatan masyarakat di sana. Sama2 lah kita terus berusaha dan berdoa utk rakyat kita disana khusunya dan seluruh umat Islam dan manusia amnya..





No comments:

Post a Comment

luv to have u...

luv to have u...