Friday, September 9, 2011

Dugaanmu Ya Allah....

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca biarpun sudah terlewat tapi kita masih di bulan Syawal. Aku kini dah masuk 7 bulan baby makin aktif, badan semakin cepat letih. Apapun aku berdoa semoga kandungan ini sihat dan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. 4 Syawal aku kehilangan Abah yg tercinta, masih belum kering air mata ini. Sekelip mata kami adik beradik bergelar anak yatim. Ya Allah.. Kau tabahkanlah Hati ahli keluarga aku, Kau peliharalah ibuku dari segala kesukaran. Kau sihatkanlah tubuh badannya Ya Allah..


Wahai mat-mat rempit fikir-fikirkanlah berapa ramai lagi yg akan senasib dengan aku akibat dari perbuatan anda semua. Berapa orang lgi yg akan menjadi anak yatim akibat kecuaian anda semua??? Pilu rasa hati mengenang apa yg terjadi, aku redha dengan Ketentuan-Nya namun aku x boleh nak terima cara Arwah pergi meninggalkan kami semua. Masih terbayang baju biru yg aku belikan Arwah pakai sehari sebelum dia pergi untuk selamanya. Masih terngiang2 pertanyaan Arwah pada aku "Kak bila nak balik Sana?". Tapi bila aku balik aku x sempat nak jumpa dengannya.

Ya Allah Ya Tuhan, Kuatkanlah semangat aku, tabahkanlah hati aku walau Arwah x sempat nk tengok cucu pertamanya, Aku janji akan jaga emak dan adik2ku sebaik yg mungkin. Takkan aku abaikan tanggungjawab ini. Ya Allah Ya Tuhanku Kau permudahkanlah jalan hidup kami sekeluarga selepas ini. Janganlah Kau uji sesuatu yg x mampu kami tanggung. Doaku semoga roh arwah tenang di sana, kami anak2nya berjanji tidak akan melupakannya dan Menjaga emak dengan baik.

Hargailah mereka sementara mereka masih ada dengan kita. Jangan menyesali setelah mereka pergi meninggalkan kita. Syawal terakhir aku beraya dengan seorang yg bergelar "Abah". Terima Kasih Ya Allah kerna berikan aku kesempatan ini.

Wid Luv~~Didie

No comments:

Post a Comment

luv to have u...

luv to have u...