Tuesday, January 25, 2011

Anak Ismail Lepat

Sangat cute this little girl... sgt suke..... This girl adalah ank kpda Ismail Ariffin @ lebih dikenali dgn Ismail Lepat. Kepada sesiapa yg x mengenali Ismail Lepat, silalah terus membaca entry ini.

Baju putih : Ismail Lepat (dh kenal kn)

 Ismail Ariffin (Ismail Lepat) berkahwin dengan Jane Brummit dan dikurniakan seorang anak bernama Sunni Sazali lebih kurang 14 tahun yang lepas yang dilahirkan di Malaysia




Sunny Brummit

Pada Mac 1996 : Aisyah Jane telah melarikan anak Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yakni Sunni Sazali ke England dan kemudian Ismail Lepat mengikuti jejak mereka ke England. Ismail Lepat membawa lari Sunni ke Amsterdam dan seterusnya ke Pulau Pinang pada Oktober 1996

Keluarga Aisyah Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah supaya Ismail Lepat memulangkan semula Sunni. Aisyah Jane Brummit kemudian kembali ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.

Pada April 1997: Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Aisyah Jane Brummit hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan.

Pada 5 Julai 1997 : Sunni dilarikan oleh Aisyah Jane Brummit semasa Sunni berada di dalam Custody Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Menurut Berita Harian 18 Mac 2010, menurut kenyataan Ketua Polis Negara pada ketika itu, polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri Ismail Ariffin (Ismail Lepat), Aisyah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni ke England 13 tahun yang lepas. Siasatan kes berkenaan adalah berdasarkan Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik daripada penjagaan sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.


Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat kini menetap di Germany bersama isteri barunya, Nor Azlina Ceasar Abdullah dan terus bergiat aktif sebagai seorang pemuzik dan pelukis jalanan. Dan di bawah nie adalah anak Ismail Lepat bersama wife barunya iaitu "Siti Aminah". Sangat shomelll...





Hope, Ismail Lepat mendapat pembelaan yg sewajarnya..... thanks to http://coretanperantau.blogspot.com/ for the information.....


Wid luv~~ Didie..

2 comments:

luv to have u...

luv to have u...